Tumis bawang kuning dan bawang putih hingga wangi. Masukkan cili merah dan goreng hingga sedikit layu.
Masukkan isi ayam dan gaul sebati..
Taburkan garam secukup rasa, gaul rata supaya sebati semuanya.
Masukkan nasi, dan gaul rata.
Masukkan kicap manis, minyak bijan, daun ketumbar dan sayur campur.
Selepas itu, masukkan telur, diikuti dengan daun bawang. Gaul hingga nasi sebati dan bersalut rata dengan telur.
Hidang bersama telur mata dan kicap cili potong.