Kisar hancur halia, bawang besar dan bawang putih bersama sedikit air.
Cairkan minyak sapi dan tumis semua rempah ratus hingga naik bau
Masukkan tomato, ayam dan tomato puri. Kacau dan masak hingga ayam empuk.
Curahkan air, susu cair, bahan-bahan kisar, daun pandan, daun pudina, dan sedikit garam.
Kacau rata dan biarkannya mereneh.
Masukkan beras dan kismis. Masak hingga kuahnya kering.
Apabila kuah kering, perlahankan api dan kacau rata nasi. Tutup periuk dan masak lagi hingga nasi empuk.
Apabila nasi empuk, kacau nasi supaya sebati dan tutupkan api.
Hidang bersama taburan bawang goreng. Enak dinikmati bersama ayam masak merah.