Mula-mula masukkan air ke dalam periuk bersama sedikit garam. Biarkannya mendidih dan celur kacang buncis sehingga sedikit layu.
Sambil itu, panaskan minyak dan tumis bawang besar serta bawang putih hingga wangi. Kemudian, masukkan belacan, serbuk jintan putih, kacang, dan juga jus limau nipis. Sebatikan semua bahan dan tutup api.
Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam kacang buncis celur tadi. Tambahkan lagi sedikit garam mengikut citarasa.
Seterusnya, curahkan sedikit santan. Biarkan kuahnya mereneh beberapa ketika dan masukkan pula taugeh. Apabila taugeh sedikit layu, curahkan lebihan santan tadi.
Masak lagi beberapa ketika dan sup sayur ala bali sedia untuk dihidang.