language
 
NASI DAGANG
by TryMasak
Difficulty EXPERT
Preparation Time in minutes 20
Servings 2-4
Cooking Time in minutes 80
EMBED
RATE
You have to log in to rate this recipe.
Ingredients

Bahan untuk Nasi
1) Beras nasi dagang (500g)
2) Halba (1/2 sudu)
3) Halia - dipotong halus (1 cm)
4) Bawang merah (4 ulas)
5) Santan daripada 1 biji kelapa (1 cawan)
6) Gula (sedikit)
7) Garam


Bahan untuk Sambal Kelapa
1) Kelapa parut (2 cawan)
2) Manisan (1/2 keping)
3) Serai (2 batang)
4) Halia (1 cm)
5) Bawang merah (3 ulas)
6) Garam (sedikit)
Directions

Nasi Dagang

Cara-caranya, campurkan halba dengan beras yang sudah dibersihkan dan masukkan 3 cawan air. Rendam beras selama satu jam dan toskan airnya.

Selepas itu, masukkan beras ke dalam periuk kukus dan kukus sehingga masak.

Kemudian, masukkan nasi ke dalam periuk yang berlainan dan gaul dengan ½ cawan air hingga nasi menjadi lembap.

Setelah itu, kukus nasi sekali lagi.

Seterusnya, potong halus bawang merah dan masukkan ke dalam santan, diikuti dengan halia, garam dan gula. Kacau hingga sebati.

Apabila nasi masak, masukkan ke dalam periuk dan terus gaul dengan santan tadi sedikit demi sedikit hingga semua bahan sebati.

Kemudian, sediakan pula sambal kelapa.

 

Sambal Kelapa

Cara membuatnya, goreng kelapa parut tanpa minyak hingga berwarna keperang-perangan.

Selepas itu, tumbuk halia bersama serai yang dipotong halus hingga lumat bersama sedikit garam.

Kemudian tumbuk juga bawang merah. Setelah bawang lumat, masukkan manisan dan tumbuk lagi.

Setelah itu, masukkan sedikit kelapa parut tadi dan tumbuk bersama bahan-bahan tadi hingga sebati.

Seterusnya, tumbuk lagi lebihan kelapa parut.

Akhir sekali, gaul kesemua bahan tadi dan sambal kelapa sedia untuk dihidang bersama nasi dagang.

Selain itu, nasi dagang juga boleh dihidang bersama jelatah, gulai ikan tongkol, gulai labu udang,ayam gulai darat atau gulai telur.

Reviews (displaying 1 of 1 )

From: aliaznul
20:55:04 (September 19, 2009)
ni la menu utk hari raya esok... Ada jugak nasi berlauk

(Via TryMasak Mobile )
 
 
© TryMasak, 2009. The TryMasak logo, mascots and tagline are registered trademarks of Geoflex Sdn. Bhd. All rights reserved.