language
 
KUZI AYAM
by TryMasak
Difficulty MODERATE
Preparation Time in minutes 20
Servings 5-6
Cooking Time in minutes 40
EMBED
RATE
You have to log in to rate this recipe.
Ingredients

1) Ayam (500g)
2) Kismis Hitam (1 cawan)
3) Kacang Tanah (1 cawan)
4) Sos Tomato (2 sudu besar)
5) Rempah Kuzi (2 sudu besar)
6) Minyak Sapi (2 sudu besar)
7) Susu Cair (1/2 tin)
8) Bawang Besar - dhiris nipis (3 biji)
9) Bawang Merah (4 ulas)
10) Bawang Putih (2 ulas)
11) Halia (5 hiris)
12) Garam (secukup rasa)
Directions

Goreng hirisan bawang besar hingga garing.

Tumbuk hancur 1/3 dari bawang besar goreng, diikuti dengan hirisan halia. Masukkan sedikit garam.

Gaul sebati bahan ditumbuk bersama ayam. Perap dan ketepikan.

Goreng kacang tanah hingga garing. Angkat dan ketepikan.

Goreng kismis. Angkat dan ketepikan.

Tumbuk hancur bawang goreng yang selebihnya.

Di dalam mangkuk, campurkan bawang goreng tumbuk dengan susu cair dan sos tomato.

Cairkan minyak sapi. Tumis bawang putih dan bawang merah (dipotong kasar) hingga agak garing.

Masukkan rempah kuzi yang dicairkan bersama sedikit air. Biar hingga pecah minyak.

Tambah air dan biar mendidih.

Masukkan ayam. Biar hingga ayam empuk dan kuahnya pekat.

Masukkan campuran bawang goreng bersama susu dan sos tadi, kismis, kacang tanah (dibuang kulit), dan bahan-bahan perasa.

(Boleh menggunakan biji gajus yang telah siap digoreng.)

Kuzi ayam dihidang bersama roti.

Reviews (displaying 7 of 8 )

From: kenari
00:58:50 (April 20, 2009)
ooh..mu oghe kelate ka blackbutterfly?I pernah makan kat KB ngan nasi kukus..sampai nilah I masih termimpi2 yummy sedapnya...that time I do not know that was ayam kuzi....found out later! rindunyaaaaa...nak makan lagi kat tempat tu.
23:23:01 (April 20, 2009)
mmg famous kat kelantan ni. balik kampung je sure ada rumah saudara mara yg hidang kuzi. nyum nyum
From: faerra
17:39:20 (April 20, 2009)
;)
From: kenari
00:16:34 (March 26, 2009)
time kasih bebanyak chef!
From: Chef Erwan
06:17:22 (March 25, 2009)
ala...nanti chef tlg kasi cari itu ramuan tuk korang ek...
From: adrianna
04:24:15 (March 25, 2009)
kenari ;) sy xretilaaa plak nk buat rempah kuzi tu frm scratch hihi.if blk kg, klate, sy slalu bli rempah yg dh siap.dkt paket tu mesti ade ingredients tp sukatan bp xsure.
From: kenari
03:40:43 (March 25, 2009)
adrianna, blh ke tolong ?..rempah kuzi apa je ramuannya..bolih ke prepair sendiri?
 
 
© TryMasak, 2009. The TryMasak logo, mascots and tagline are registered trademarks of Geoflex Sdn. Bhd. All rights reserved.