Masukkan air secukupnya ke dalam periuk bersama daging, garam dan ¼ daripada bawang kuning.
Tutupkan periuk dan masak daging di atas api sederhana hingga daging empuk dan air rebusannya tinggal lebih kurang 4 cawan. Proses ini mengambil masa yang agak lama supaya daging benar-benar masak.
Setelah masak, tos dan asingkan isi daging daripada air rebusannya.
Seterusnya, tumiskan bawang kuning selebihnya dan hirisan bawang putih. Tumis hingga naik bau dan bawang layu.
Apabila bawang layu, masukkan daging, diikuti dengan curahan tomato puri.
Kacau rata dan perlahankan api supaya kuah tidak cepat hangit.
Masak goulash di atas api sederhana.
Curahkan air rebusan daging tadi dan masukkan daun rosemary, serbuk paprika, thyme, dan tomato
Taburkan garam secukupnya. Masukkan yoghurt dan kacang pis. Kacau rata.
Biarkan kuahnya mereneh dan daging empuk serta kuahnya menjadi pekat.
Goulash Daging enak dinikmati bersama roti.