Mula-mula, masukkan telur ke dalam mangkuk adunan dan pukul sebati.
Masukkan santan bersama gula perang dan kacau hingga gula hancur.
Masukkan cendol serta kacang merah. Ketepikan seketikan adunan ini.
Sediakan agar-agar; Panaskan periuk dan curahkan air serta gula. Apabila gula hancur, masukkan agar-agar.
Rebus agar-agar hingga larut. Adunan perlu dikacau selalu supaya cair sebati.
Setelah agar-agar cair, curahkan campuran adunan tadi. Masukkan sedikit garam dan kacau rata. Kacau sentiasa supaya santannya tidak berketul.
Adunan agar-agar cendol ini hanya perlu dipanaskan dan tidak perlu hingga mendidih.
Setelah panas dan pekat, tutup api. Perlahan-lahan curah adunan agar-agar cendol ke dalam acuan. Sejukkan seketika pada suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.