Goreng biji sawi beberapa ketika.
Tumis hirisan bawang putih serta bawang besar hingga wangi dan layu.
Masukkan pes cili. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan sedikit garam, cili, halia dan lobak merah. Gaul rata hingga lobak dan cili sedikit layu.
Masukkan timun, serbuk kunyit, gula, sedikit air dan cuka.
Ratakan dan masak hingga semua bahan layu dan sebati bersama semua rasa.
Acar rampai sedia untuk menjadi hidangan bersama nasi.