RATE
You have to log in to rate this recipe.
Ingredients
1) Nasi (2 cawan)
2) Isi Ayam - dipotong kecil (20 gram)
3) Udang (5 ekor)
4) Bawang Merah - dihiris nipis (1/4 cawan)
5) Bawang Putih - dicincang halus (3 ulas)
6) Petai - dipotong kasar (10 ulas)
7) Cili Padi - dipotong kecil
8) Sawi (10 gram)
9) Kubis (10 gram)
10) Telur (2 biji)
11) Ikan Bilis (digoreng rangup) (20 gram)
12) Cili Boh (2 sudu besar)
13) Belacan (1 sudu kecil)
14) Lada Putih (1/2 sudu kecil)
15) Garam (secukup rasa)
16) Kicap Cair (1 sudu kecil)
17) Kicap Pekat (1 sudu kecil)
18) Minyak (untuk menumis)
Directions
Panaskan minyak dan goreng ayam, udang dan perasakan dengan sedikit garam. Apabila sedikit garing, angkat dan ketepikannya.

Menggunakan kuali sama, tumis cili boh, belacan yang telah ditumbuk, dan garam. Gaul sebati dan naik bau.

Panaskan minyak, masukkan telur dan kacau hancur. Masukkan nasi, ayam, udang, bawang merah, bawang putih, petai, cili padi, sawi, kobis dan cili boh.

Gaul sebentar. Kemudian curahkan kicap cair , kicap pekat, serbuk lada putih dan garam.

Gaul sebati dan hidang bersama ikan bilis goreng.

Reviews (displaying 3 of 3 )
09:39:20 (August 20, 2010)
pelik? pelik sebab cara memasak tue ke fyra? biasa la, chef n cooks nie macam2 style diorg.. tapi nie nampak macam sedap jek. cuba fyra TryMasak tgk jadik macam mana nant.. lepas tue bg iela rasa sikit..heheee.. :D
08:44:48 (August 20, 2010)
pelik kenapa tu fyra? bbfly dah try jugak, hehe..
18:43:42 (August 19, 2010)
pelik je nasi goreng kampung ni...huhuhu