Bau durian memang kuat walaupun tangan kita dicuci dengan bermacam2 jenis sabun. Ok, ini tips saya nak sharekan pada pembaca semua. Kalau anda makan durian, jangan buang terus kulitnya. Alirkan air pada bahagian tempat ulas durian tersebut. Gunakan aliran air itu untuk mencuci tangan anda. Pastikan aliran air itu perlahan dan cuci tangan anda sehingga hilang bau durian itu. Anda boleh juga berkumur2 menggunakan air tersebut. Insya-Allah, bau durian pada mulut dan tangan anda akan hilang sehingga 100%. Selamat mencuba. (oh ya, saya akan uploadkan video jika ada masa.)