CARA MENGUKUR
by TryMasak



RATE
You have to log in to rate this tips and guides.

Di dapur, kebolehan mengukur dengan tepat adalah asas yang penting. Pastikan anda memiliki peralatan mengukur yang betul. Bekas cawan mengukur digunakan untuk bahan kering. Sudu pengukur juga diperlukan – menggunakan sudu kopi biasa tidak sama jumlahnya! Untuk bahan cecair, anda perlukan kaca atau plastik lutsinar dengan muncung untuk menuang.

Bekas cawan mengukur terdapat dalam kuantiti 1/4 cawan, 1/3 cawan, 1/2 cawan, 1 cawan, dan 2 cawan. Pengukur cecair pula samada dalam 2 cawan atau 4 cawan. Sudu pengukur selalunya terdapat dalam 1/8 sudu teh, 1/4  sudu teh, 1 sudu teh, dan 1 sudu besar.

Berikut adalah panduan asas mengukur bahan-bahan:

  • Tepung – Kacau tepung di dalam bekas atau beg. Mengunakan sudu besar, perlahan-lahan masukkan tepung ke dalam cawan pengukur. Jangan goncangkan cawan dan jangan tekapkan tepung. Ratakan tepung menggunakan belakang pisau atau spatula leper. Jangan gunakan cawan pengukur untuk mengambil tepung terus dari bekas atau begnya. Ia tidak memberikan jumlah yang sepatutnya.
  • Tepung Penaik – Kacau tepung di dalam bekasnya. Menggunakan sudu pengukur, ceduk tepung dari bekas. Ratakan dengan pisau.
  • Gula – Ceduk gula menggunakan bekas atau sudu pengukur, kemudian ratakan dengan belakang pisau.
  • Gula Perang – Ia perlu ditekapkan ke dalam cawan pengukur.
  • Gula Halus – Tapis dahulu gula halus untuk mengeluarkan gumpalan kecil. Ia diukur dengan menceduk gula menggunakan cawan pengukur, lalu diratakan dengan belakang pisau.
  • Bahan cecair – Cecair harus diukur pada parasa mata. Curahkan cecair ke dalam cawan pengukur cecair. Kemudian pastikan mata anda sama paras dengan tanda pada cawan pengukur. Cecair tersebut haruslah tepat pada tanda.
  • Bahan separa-cecair – Bahan seperti krim, mentega kacang, dan yogurt diukur menggunakan cawan pengukur bahan kering kerana ia terlalu tebal untuk diukur dengan tepat menggunakan cawan pengukur cecair. Ratakan dengan belakang pisau.
  • Bahan cecair dalam sudu – Pastikan anda tidak mengambil cecair di atas mangkuk adunan. Jika cecair tumpah ke dalam adunan, resipi akan rosak!
  • Bahan kering dalam sudu – Untuk mendapatkan jumlah yang tepat, ambil bahan secara berlebih dan ratakan. Bahan seperti tepung penaik perlu diukur dengan tepat untuk mendapatkan hasil kek dan pastri yang sempurna.
  • Bahan cincang – Pastikan samada bahan tersebut perlu dicincang, didadu, atau dihancurkan, dan samada ia diukur sebelum atau selepas dicincang. Bahan yang telah dicincang diletakkan di dalam cawan pengukur dan diratakan.

Pengukuran yang tepat adalah kunci utama untuk membuat biskut, kek, roti, pai, dan gula-gula. Apabila memasak sup, goreng, atau tumis, jumlahnya boleh ditambah atau dikurangkan dan hasilnya masih menarik.

 

 

 

 

 

 

Rujukan:
http://busycooks.about.com/od/howtocook/a/howtomeasure.htm
http://www.aces.edu/pubs/docs/E/EFNEP-0113/images/img_1.jpg

Reviews (displaying 0 of 0 )

 
 
© TryMasak, 2009-2010. The TryMasak logo, mascots and tagline are registered trademarks of Geoflex Sdn. Bhd. All rights reserved.