KANAK-KANAK DI DAPUR
by TryMasak



RATE
You have to log in to rate this tips and guides.

Jauhkan kanak-kanak dari bahan-bahan panas dengan menggunakan peralatan keselamatan kanak-kanak seperti kerusi kanak-kanak, pagar keselamatan, atau sebagainya. Jauhkan mereka dari peralatan rumah dan periksa lokasi mereka sebelum mengalih barangan panas atau berat.

Jangan letakkan alas meja di tempat yang boleh dicapai oleh kanak-kanak. Mereka mungkin menarik alas tersebut, tanpa menyedari terdapat bahan panas atau berat di atasnya. Jangan sekali-kali berikan periuk atau kuali sebagai permainan kepada mereka. Kanak-kanak mungkin akan cuba mencari ’permainan’ ini walaupun ia mengandungi makanan atau air panas.

Pintu ketuhar cukup panas untuk mencederakan kanak-kanak yang menyandar padanya. Ia amat bahaya terutamanya kanak-kanak yang baru belajar berjalan, di mana dia mungkin mencapai pintu ketuhar untuk sokongan. Kanak-kanak selalunya tidak dapat melepaskan tangan sebelum kulitnya terbakar. Oleh itu, jauhkan kanak-kanak dari dapur apabila menggunakan ketuhar.

 

 

 

 

 

Rujukan:
http://www.ci.phoenix.az.us/FIRE/kitchen.html
http://aliaathirah.blogspot.com

Reviews (displaying 0 of 0 )

 
 
© TryMasak, 2009-2010. The TryMasak logo, mascots and tagline are registered trademarks of Geoflex Sdn. Bhd. All rights reserved.