MEMBAKAR / MEMANGGANG DAGING
by TryMasak



RATE
You have to log in to rate this tips and guides.

Potongan daging empuk setebal 1-3 inci sesuai dibakar atau dipanggang. Suhu yang tinggi dan pemanasan jangka pendek akan mengekalkan empuk daging.

Masa untuk membakar bergantung kepada ketebalan daging dan jaraknya dari haba. Ketuhar elektrik atau gas, memerlukan sekurang-kurangnya 15 minit untuk sampai ke suhu yang dikehendaki. Arang dan kayu api pula memerlukan sekurang-kurangnya 25 minit pembakaran untuk mencapai suhu sepatutnya.

Tujuan membakar dan memanggang ialah untuk memanaskan bahagian dalam daging secara menyeluruh, serta memberi kesan pembakaran yang sesuai kepada bahagian luarannya. Ketebalan dan tahap masak daging menentukan kekuatan haba yang diperlukan. Ia dilakukan dengan mengubah jarak daging dari sumber haba, dari 2 inci kepada potongan kurang 1 inci tebal, kepada 5 inci kepada potongan lebih tebal.

Ketukar gelombang, pembakar, atau gril harus dipanaskan terlebih dahulu. Kemudian letakkan daging di dalam pembakar atau di atas arang sehingga sebelahnya bertukar warna. Gunakan pengepit untuk membalikkan daging. Bahagian sebelahnya lagi dibiar mengikut kadar masak yang dikehendaki. Apabila siap, hidang serta-merta. Salah satu kelebihan menggunakan gril ialah kesan gril yang melekat pada daging membuatkannya lebih menarik dan menyelerakan.

 

 

 

 

Reference:
http://www.allcookingtips.com/page/3/

http://i19.photobucket.com/albums/b167/Jauhara/grilled_steak.jpg

Reviews (displaying 1 of 1 )

From: kenari
15:04:11 (December 10, 2009)
'potongan daging empuk'ehmm..maksudnya daging tu dah dimasak empuk terlebih dulu ke? baru dibakar/panggang? ntah lah desperate sgt nak makan daging bakar ni...tp x nak bakar dlm oven punya...nak atas bara api..bau dia lebih harum!
 
 
© TryMasak, 2009-2010. The TryMasak logo, mascots and tagline are registered trademarks of Geoflex Sdn. Bhd. All rights reserved.