MEMILIH KUALI
by TryMasak



RATE
You have to log in to rate this tips and guides.

Anda mahu berjimat dengan membeli kuali murahan, tetapi semuanya tidak tahan lama, dan anda terpaksa membeli kuali baru setiap tahun. Adakah ia berbaloi berbanding membeli satu kuali berkualiti terbaik yang tahan untuk bertahun-tahun, malah juga menyenangkan kerja memasak anda.

Pertamanya, pilih kuali yang berkualiti tinggi dengan permukaan tidak melekat – ia mudah dibersihkan dan dapat mengurangkan kadar lemak. Beli kuali seperti ini dalam beberapa saiz – untuk masakan sekeluarga dan untuk hidangan seorang. Memasak kuantiti sedikit di dalam kuali yang besar menyebabkan airnya merebak nipis, membuatkan makanan cepat kering.

Kedalaman kuali juga penting. Untuk membuat makanan leper seperti telur dadar dan pancake, pilih kuali yang rendah bahagian tepinya. Jika ingin membuat masakan yang bersos dan berkuah, gunakan kuali yang lebih dalam, atau kuali menggoreng.

Apapun saiz dan bentuk kuali yang dipilih, ia harus mempunyai asas yang terbaik dan berkualiti. Memilih kuali tidak melekat adalah paling berbaloi. Kuali menggoreng tahan karat memberi rupa yang menarik, namun ia tidak dapat mengawal haba dengan baik. Anda harus memberi perhatian semasa memasak supaya makanan tidak melekat atau hangus.

Kuali besi amat berbaloi untuk dibeli. Ia memanas dengan perlahan, tetapi suhunya sekata setelah panas dan dapat mengawal haba dengan baik. Jika gemar menggoreng kering, inilah kuali yang sesuai. Kuali besi yang besar adalah sangat berat.

 

 

 

 

Reference:
http://www.cfsan.fda.gov/~dms/qa-topfd.html

Reviews (displaying 7 of 12 )

From: peach_tart
11:16:38 (October 21, 2009)
anip..apa sangat lah idea over peach tu...
From: anip
15:27:11 (October 20, 2009)
yee ker..goreng telur pun nak shape bagai kan..janji masak je telur tu..hihi
From: kenari
15:03:47 (October 20, 2009)
mesti lah anip oi, sebab kalu kita nak telur goreng bentuk bbfly..tak kan nak guna kuali bentuk kenari lak?sebab tu lah memilih bentuk pun termasuk dlm petua...ye laa..saper lah tahu kan? tersalah pilih...dak? :P
From: anip
11:38:56 (October 20, 2009)
peach:haha..idea yang bernas tapi over ckit..hahaha shape kuali pun trmasuk dalam petua pilih kuali ek..la la la
From: kenari
18:09:40 (October 19, 2009)
ada tak kuali bentuk burung kenari? roger2.... :D
18:01:36 (October 19, 2009)
ada kuali shape butterfly tau utk goreng telur.. sape nak belikan utk bbfly? hehee ;p
From: peach_tart
17:53:52 (October 19, 2009)
senang jer kalo nk elakkan gorengan melekat ali..sebelum minyak panas letakkan sikit garam dan boleh goreng mcm biasa,insyaAllah xmelekat lg..
 
 
© TryMasak, 2009-2010. The TryMasak logo, mascots and tagline are registered trademarks of Geoflex Sdn. Bhd. All rights reserved.