language
SPAGHETTI BEBOLA DAGING
 
RATE
You have to log in to rate this recipe.





Ingredients

 

Hidangan untuk 4 orang.

BAHAN-BAHAN UNTUK BEBOLA DAGING

350g daging cincang halus

75g Serbuk roti (atau 2 keping roti direndam dengan air kemudian diperah airnya)

1 biji telor

1 biji bawang besar di racik halus

2 ulas bawang putih ditumbuk halus

1 sudu kecik serbuk lada hitam

1 sudu kecik serbuk paprika garam secukup rasa

3 sudu besar minyak untuk menggoreng

 

BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH:

1 sudu besar minyak zaitun

1 biji bawang diracik halus

2 biji cili merah dipotong nipis

700g Tomato dalam tin (atau 200gr. Tomato puri)

200ml Air Garam,

serbuk paprika,lada hitam, oregano kering.

 

BAHAN-BAHAN UNTUK PASTA:

350g Spagetti

1 sudu kecik minyak zaitun

1 sudu kecil garam

Air secukupnya.

Directions

UNTUK BEBOLA DAGING:

1. Campurkan semua bahan bahan bebola daging. Gaul sambil di uli rata.Kemudian bentukkan bebola sederhana besar.

2. Panaskan minyak dalam kuali leper, goreng serta golekkan bebola diatas api yang sederhana hingga masak.Angkat dan ketepikan.

 

UNTUK PASTA:

1. Spagetti di rebus bersama garam dan minyak zaitun sehingga masak.Angkat dan toskan airnya.

 

UNTUK KUAHNYA:

1. Didalam kuali yang sama tumis bawang ,masukkan cili dan tomato/puri.Kacau sambil pecah pecahkan tomato (sekiranya bukan tomato puri).

2. Masukkan air, bawang putih,serbuk paprika,lada,garam dan oregano. Kacau dan renihkan selama lebih kurang 8 minit.

3. Akhir sekali masukkan semula bebola daging kedalam kuah tadi.Kacau rata rata.Angkat dan ketepikan.

 

CARA MENGHIDANG:

1. Masukkan Spagetti ke dalam pinggan hidangan.

2. Tuangkan kuah bebola daging keatas Spagetti. Hias dengan daun pasrley.

3. Hidangkan panas panas.

4. TIP: Sesuai dihidang bersama salad

Reviews (displaying 5 of 5 )

From: kenari
18:47:14 (March 15, 2009)
Oh my oh my....you make my sunday morning soooooooo bright! hehehehhe..
From: Chef Erwan
18:41:08 (March 15, 2009)
hahahaha....mukew i ni nampak tua kew???hahahaha.....i zaman s.jibeng la..tapi lagu m.daud kilau lagi la bessstt...wakakaka... acctually,i generation puff dady...huhuhuhu....mcm cream puff gak la...
From: kenari
18:20:57 (March 15, 2009)
Are you from Zaiton Sameon generation dear Chef Erwan? paling best kalu kita2 ni nyanyi lagu keroncong while preparing...nak rock bawa je lagu Avril Lavigne!hehehehehe
17:20:43 (March 15, 2009)
ape2 lagu pun bole la chef..
From: Chef Erwan
18:56:25 (March 14, 2009)
wow...spagheti..nk blajar la..kalo masak pasta sambil nyanyi2 boleh tak?lagu zaiton sameon ka?ram lah ram ka?boleh tak?sesai tak?atau juz kena diam jer sepanjang proses masakan??layanzzz....
 
 
© TryMasak, 2009. The TryMasak logo, mascots and tagline are registered trademarks of Geoflex Sdn. Bhd. All rights reserved.