language
AYAM PANGGANG SIMPLE
 
RATE
You have to log in to rate this recipe.





Ingredients

Satu ekor ayam sederhana (1 1/2 kg)

Satu sudu kunyit

Satu sudu garam

Satu sudu besar sos tiram

Satu sudu besar serbuk lada hitam

Satu sudu kecil serbuk pati ayam

Satu labu bawang besar - dikisar

Satu inci halia - dikisar

Empat ulas bawang putih - diketuk

Directions

Ayam dibersihkan.  Buang segala lebihan lelemak, leher, tongking dan hujung kepak.  Bersihkan juga bulu-bulu halus yang melekat.

Cuci bersih dan letakkan di dalam tapis hingga air kering.

Lumurkan semua bahan-bahan termasuk bahan yang dikisar pada ayam luar dan dalam.

Selitkan bawang putih yang diketuk di celah kulit ayam serta masukkan ke bahagian dalam ayam.

Perap ayam dan masukkan ke dalam plastik dan letak dalam peti sejuk untuk sehari semalam.

Ikat ayam supaya ayam nampak bulat.  Keesokan hari keluarkan ayam dari peti sejuk dan letak atas dulang pembakar dan bakar selama lebih kurang satu jam atau sehingga ayam masak.

Boleh dibuat hidangan pengantin atau makan cam tuh saja dengan nasi !!!!

Reviews (displaying 0 of 0 )

 
 
© TryMasak, 2009. The TryMasak logo, mascots and tagline are registered trademarks of Geoflex Sdn. Bhd. All rights reserved.