language
SUP TULANG SPECIAL
 
RATE
You have to log in to rate this recipe.





Ingredients

1 kg tulang lembu

1 biji bawang besar - dihirs

5 ulas bawang putih - diketuk

1 cm halia - dimayang halus

2 bungkus rempah sup tulang

1 bungkus rempah sup serbuk

1 bungkus bawang goreng

1 batang lobak merah - dipotong baji

Daun sup/daun bawang - dimayang

Daun pandan

Air secukupnya

Garam dan serbuk pati ayam untuk perisa

Sedikit minyak untuk menumis rempah

Directions

1.  Bersihkan tulang dan masukkan ke dalam periuk berisi air untuk merebus.

2.  Carikkan daun pandan (2 helai), simpulkan dan masukkan ke dalam periuk berisi tulang.

3.  Bila tulang mula mendidih, masukkan kedua-dua bungkus rempah sup .

4.  Dalam kuali panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia, rempah biji hingga

     naik bau dan tuangkan ke dalam periuk berisi tulang.

5.  Biarkan tulang mendidih atas api sederhana dan jika air surut, tambah air.

6.  Bancuh rempah sup serbuk bersama air dan tuangkan ke dalam periuk berisi tulang.

7.  Masukkan garam dan serbuk pati ayam secukup rasa.  Masukkan bawang goreng, lobak

     merah.  Masak tulang sehingga daging empuk dan taburkan daun sup dan daun bawang
.

Reviews (displaying 0 of 0 )

 
 
© TryMasak, 2009. The TryMasak logo, mascots and tagline are registered trademarks of Geoflex Sdn. Bhd. All rights reserved.