language
KEK KEJU BLUE BERRY
 
RATE
You have to log in to rate this recipe.





Ingredients

Base:
200g tepung
75g gula
75 g majerin
1 camca teh serbuk penaik
1 biji telur

Krim Keju:

500g krim keju
140g gula
2 biji telur
4 camca besar tepung custard
100g krim masam (sour cream - saya tak letak pun)
1/2 cawan minyak sayuran
1 cawan susu segar
500g blue berry segar atau frozen

Directions

Base:
1. Campur semua bahan dan uli hingga lembut.
2. Sejukkan kedalam fridge selam sejam sebelum dicanai.

Krim keju:
1. pukul telur dan gula hingga sebati, masukkan krim keju dan bahan bahan lainnya.Kacau hingga rata.
2. Canaikan doh base,masukkan dalam dulang pembakar yang di alas dengan kertas minyak sebelumnya.
3. Masukkan pula bahan krim keju tadi kemudian taburkan blue berry keatasnya.
4. Bakar dalam ketuhar 180'C selama lebih kurang 50 minit.
5. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong untuk dihidang....

Reviews (displaying 7 of 11 )

From: kenari
14:54:11 (December 13, 2010)
Ooooh..tak pasti berapa harga cheese dan blueberry kat sana( mungkin dlm RM15??? )....kl nak yg murah sikit guna frozen blueberry kut..ada ke?satu lg tak semestinya guna branded cheese..just yg biasa dah murah.. ( laa bbfly, takdan nak wat kek tu ari... sorry, nanti blk lelama sikit br tercapai semua niat dihati)
11:31:00 (December 10, 2010)
hehe..kesian dengar rintihan hati Coodeang ni.. kenari tolong buatkan je lah :p
From: Coodeang
15:37:30 (December 8, 2010)
cream cheese 500g campur 500g blueberry agak2 dah berapa rm ye? Menitik air mata rasanya. Beli je la kat kedai kek sepotong
22:11:41 (August 18, 2009)
ahahahah betul tu tips kenari.. mmg kena belajar buat perfect cheesecake ni.. hehe
From: kenari
21:42:39 (August 18, 2009)
kalu bbfly sangat arif dan pandai buat cheese cake nanti..maka bbfly ni ada specy..mereka2 yang nak kan org yang specy ni kena sanggup lebihkan hantar belanja!!!...wakakakaka..gurau je laaa...
19:42:59 (August 18, 2009)
tak perasan kenari msg dulu tu.. tingkatkan harga hantar belanja tu mcm mane kenari? confuse la hehe
From: kenari
09:04:50 (August 18, 2009)
ala la la..yatie meh lah sini..cepat ler nanti kenari masuk dapur watkan cheese kek...ehehehhee
 
 
© TryMasak, 2009. The TryMasak logo, mascots and tagline are registered trademarks of Geoflex Sdn. Bhd. All rights reserved.