Ingredients
1 kg. tepung gandum
1 gelas minyak jagung
1 labu bawang kuning
4 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk cili
segenggam udang kering - rendam
sedikit daun sup
Garam dan air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
1. Ayak tepung kedalam mangkuk adunan dan masukkan garam dan serbuk cili.
2. Blend semua bahan selebihnya hingga halus. Masukkan ke dalam tepung.
3. Masukkan minyak jagung ke dalam bahan tepung, tambahkan air secukupnya dan uli hingga doh lembut dan sebati.
4. Tutup adunan dan biarkan selama 1 jam.
5. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan buatkan bebola.
6. Canai bebola tadi anggaran 1/2 cm tebal, kemudian di potong berjalur jalur...gunting jaluran tadi,pendek atau panjangnya..ikut cite rasa. (saya guna proses ni dengan mesin buat pasta - cepat dan mudah )
7. Kemudian goreng didalam minyak panas hingga kering dan rapuh. Toskan minyak dan angkat.Sejukkan sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.
ps: tak sah raya saya kalau tak de kuih gunting ni....hehehe..
Print This Recipe




© TryMasak, 2009. The TryMasak logo, mascots and tagline are registered trademarks of Geoflex Sdn. Bhd. All rights reserved.