Ingredients
4 hiris ikan Salmon (salmon steak)
4 sudu besar pes cili
2 sudu besar tomato puri
1 biji bawang kuning - potong bulat
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit garam, gula dan serbuk kunyit.
minyak untuk menggoreng
sedikit air.
1. Bersihkan ikan dan lumur dengan sedikt garam dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak didalam kuali dan goreng ikan hingga hampir garing (jangan garing sangat nanti liat)
3. Blend bawang merah, putih dan halia.
4. Kurangkan minyak menggoreng tadi...tumiskan campuran bawang dan halia tadi hingga naik bau, masukkan pes cili dan tomato puri.
5. Masukkan sedikit air ( ikut kepekatan yang disukai) saya tak suka cair2... :P
6. Tambahkan sedikit gula dan garam jika perlu, renihkan seketika kemudian masukkan hirisan bawang dan ikan, kacau rata rata.
7. Angkat dan siap dihidang dengan nasi panas panas.( sedap dihidang bersama hirisan timun sejuk )
Coba kau cobaaaaa..jangan tak cobaaa - la la la la...sedap tau!!
Print This Recipe




© TryMasak, 2009. The TryMasak logo, mascots and tagline are registered trademarks of Geoflex Sdn. Bhd. All rights reserved.