language
CLAYPOT YEE MEE
 
RATE
You have to log in to rate this recipe.





Ingredients

Bahan untuk 1 orang:
1 keping Yee Mee atau mee telur
4 ulas bawang putih (crush)
Kicap cair
Kicap pekat
Kicap manis
Sos tiram
Minyak bijan (sesame oil)
Ayam (potong kecil, marinate dengan kicap cair dan goreng separuh masak)
5-6 cendawan shitake (fresh) kalau yang kering rendam dalam air panas 10 minit (potong ikut suka)
1 pokok sawi hongkong (baby kailan pun boleh)
1 biji telur
1 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan 10-15ml air)
Cili kering (potong 1 inci dan rendam dalam air panas 10 minit)
Air secukupnya

Directions

Cara:
1. Panaskan minyak bijan dalam 3 sudu makan dalam clay pot. Tumis bawang putih until brown.
2. Masukkan air 270ml, kicap pekat, kicap cair, sos tiram dan kicap manis (kalau takda taruk gula sket) (ikut citarasa dan color).
3. Masukkan mee, ayam, cili kering, cendawan, bancuhan tepung jagung dan tutup periuk. Masak untuk 5 minit.
4. Masukkan telur dan sawi. Tutup dan biarkan for another 5 minit.
5. Tutup api dan hidangkan.

* kalau kuah macam pekat taruk air lagi. kuah kena just cukup2 untuk tenggelamkan mee. that's the right amount of kuah needed. tak payah taruk garam ya... Kalau ada stok ayam boleh juga taruk 1/2 kiub...

Reviews (displaying 7 of 8 )

From: peach_tart
13:40:01 (November 23, 2009)
tak suka tak suka tak suka....!!!!!tambah2 yg kuning tu..tak lepas la kalo tak masak..
From: anip
13:26:47 (November 23, 2009)
telur separuh masak baru ada style..dah masuk mulut..mmm..memang x ingat..
From: peach_tart
13:05:08 (November 23, 2009)
bestnye claypot....tapi x suka telur sparuh masak...
From: Syahani
11:53:21 (October 10, 2009)
claypot tu satu set baru RM5.50. kalau guna periuk biasa, jangan tumis bawang putih dan minyak bijan tu lama-lama, nanti tengit. telur tu, ikut selera sendiri. ada yang nak half cook, ada yang nak masak penuh. cubalah.
05:35:47 (October 10, 2009)
ala, nak kena beli claypot ke.. pakai periuk biasa bole tak.. hehe
From: kenari
12:51:45 (October 9, 2009)
terliur naaaa...
From: iela
08:59:53 (October 9, 2009)
teringin nak buat tapi iela nak kena g beli claypot tue dulu la.. heh.. =P
 
 
© TryMasak, 2009. The TryMasak logo, mascots and tagline are registered trademarks of Geoflex Sdn. Bhd. All rights reserved.