Ingredients
I Savoy cabbage (kobis - xtau apa nama dlm BM sorry)
500g daging cincang
1 biji bawang kuning - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
serbuk lada hitam,jintan,paprika,garam
2 sudu besar bijan ( jika suka)
1 biji telur
4 sudu besar serbuk roti - atau 2 keping roti direndam dan hancurkan
250ml krim segar
2 sudu besar butter
Ubi kentang rebus sebagai makanan sampingan.
1. Buka setiap satu kelopak savoy cabbage, cuci dan celur dlm air panas, angkat dan toskan.
2. Campurkan semua bahan2 lain dan daging KECUALI butter dan krim segar. Uli hingga rata dan sebati.
3. ambil sedikit dari campuran daging tadi dan masukkan kedalam sehelai daun savoy cabbage dan gulungkan kemas2.
4. Ulang hingga habis.
5.Susun gulungan kobis kedalam dulang casserole yang ada tutup.
6. Letakkan butter diatas gulungan tadi..tutupkan dan bakar di dalam ketuhar 180'C -200'C selama lebih kurang 40 minit.
7. Keluarkan casserole dan tuangkan krim segar keatasnya..tutupkan semula dan bakar lagi selama 10 minit.
8. Angkat dan siap untuk dihidang bersama ubi kentang rebus!
SIAP UNTUK DI HIDANG PANAS2...
Print This Recipe




© TryMasak, 2009. The TryMasak logo, mascots and tagline are registered trademarks of Geoflex Sdn. Bhd. All rights reserved.