language
 
TELUR DADAR ALA PARSI
by TryMasak
Difficulty MODERATE
Preparation Time in minutes 10
Servings 3-4
Cooking Time in minutes 15
EMBED
RATE
You have to log in to rate this recipe.
Ingredients

1) Telur (4 biji)
2) Kentang saiz sederhana - dihiris nipis (1 biji)
3) Daun ketumbar - dicincang kasar (1 sudu besar)
4) Bawang besar - dicincang kasar (1/2 biji)
5) Cili hijau - dicincang halus (1 biji)
6) Minyak sapi (1 sudu besar)
7) Serbuk jintan putih (1/4 sudu kecil)
8) Serbuk lada putih (1/4 sudu kecil)
9) Garam (secukup rasa)
Directions

Campurkan telur bersama bawang, daun ketumbar, cili hijau, garam, jintan putih dan serbuk lada putih.

Kacau rata hingga telur kembang. Ketepikan seketika.

Cairkan minyak sapi dan goreng hirisan kentang hingga empuk. Ketepikan dan sejat minyaknya.

Cairkan lagi sedikit minyak sapi dan curahkan adunan telur.

Masak dengan api kecil supaya bahagian bawah telur tidak hangus.

Apabila telur separuh masak, atur hirisan kentang goreng di atasnya, penuh pada sebelah bahagian.

Lipatkan bahagian tanpa kentang ke  bahagian yang sebelah lagi supaya telur menjadi separuh bulat.

Terbalikkan dan biar beberapa ketika supaya telur melekat di kedua-dua belah bahagian dan tidak mudah hancur apabila diangkat.
Reviews (displaying 3 of 3 )

From: kenari
22:51:19 (August 31, 2009)
wah! bbfly mesti dah makan kan? sebab tu tau rasanya..kenari tak berkesempatan lagi nak try..tu ari bz sgt...but maybe sooner..
06:31:53 (August 29, 2009)
sedap tau kenari. rasa telur, potato, with hint of spices. very nice. try it! :D
From: kenari
01:18:13 (August 29, 2009)
yang ni blh cuba untuk iftar hari ni...makan ngan nasi panas2...
 
 
© TryMasak, 2009-2010. The TryMasak logo, mascots and tagline are registered trademarks of Geoflex Sdn. Bhd. All rights reserved.