Lapisan Bawah:
Campurkan beras pulut, santan, dan garam. Kacau rata.
Masukkan adunan di dalam loyang.
Kukus hingga pulut empuk dan santannya agak kering.
Apabila masak, ketepikan supaya adunan ini sejuk.
Lapisan atas:
Campurkan tepung gandum, tepung jagung, dan sedikit santan. Kacau sebati.
Masukkan telur, gula, baki santan tadi, dan pati daun pandan. Kacau sebati.
Apabila pulut sejuk, rata dan mampatkannya.
Masukkan kembali ke dalam pengukus dan curah adunan lapisan atasnya.
Kukus sehingga masak.