Rendam beras pulut dengan air, serbuk kunyit (dibancuh dengan sedikit air) dan air limau nipis. Rendam 4 hingga 6 jam. (Serbuk kunyit boleh digantikan dengan air rebusan kunyit hidup).
Masukkan beras pulut ke dalam periuk kukus dan toskan airnya. Kukus hingga masak.
Apabila pulut masak, masukkan ke dalam periuk berlainan.
Di dalam mangkuk, campurkan garam dengan santan.
Masukkan santan sedikit demi sedikit ke dalam pulut dan gaul sebati.
Masukkan semula ke dalam periuk kukus dan kukus sebentar hingga pulut masak.
Pulut kuning enak dimakan bersama rendang atau sambal.