language
 
MUFFIN PISANG DENGAN OAT
by TryMasak
Difficulty MODERATE
Preparation Time in minutes 10
Servings 3-4
Cooking Time in minutes 40
EMBED
RATE
You have to log in to rate this recipe.
Ingredients

1) Pisang - saiz sederhana (3 biji)
2) Tepung gandum (1 1/2 cawan)
3) Bijirin oat (1 cawan)
4) Gula perang (1 cawan)
5) Telur (2 biji)
6) Minyak (1/2 cawan )
7) Esen vanilla (1 sudu kecil)
8) Serbuk penaik (1 sudu besar)
9) Garam (sedikit)
Directions

Lenyek pisang hingga hancur. Masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan bijirin oat ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata.

Dalam mangkuk lain, masukkan minyak, gula perang, telur, esen vanilla dan garam. Adun dengan kelajuan sederhana. (Tak perlu diadun lama dan telur tak perlu terlalu kembang)

Masukkan pisang lenyek ke dalam adunan bahan kering dan curahkan adunan bahan basah. Adun sebati bahan.

Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah celcius lebih kurang 10 minit.

Griskan minyak pada loyang dan kemudian masukkan adunan mufin.

Bakar pada suhu 200 darjah celcius menggunakan api penuh lebih kurang 20 minit.

Apabila masak, segera keluarkan daripada ketuhar.
Reviews (displaying 7 of 18 )

From: iela
16:04:10 (February 8, 2010)
aloo xley ek? kat umah tuh de setandan pisang tanduk yg da masak lunyai... xtau nak watpe... huhuuu...
From: kenari
22:57:44 (February 6, 2010)
opps sorry lambat jawab! patutnya tuan punya resepi ni yang jawabkan..tapi OK lah kenari tlg jawabkan soalan iela tu....rasa nya ( kalu ikut cite rasa kenari laaa ) tak sedap guna pisang tanduk iela...rasanya pisang tanduk tak sesuai tuk resepi ni.... hehehehe...
From: iela
08:57:18 (February 4, 2010)
uwaaa xci nie.. nak jugak.. urm, pisang tanduk ley guna ke tak nie kenari?
From: kenari
20:31:35 (February 3, 2010)
hummm...sedapnyaaaa muffin ni...tgh makan ni..taip pun tangan sebelah je ni... (kenari letak 1 SUDU KECIL baking porder sebab tgk 1 sudu besar cam banyak sangat..hehehehe (sorry trymasak) tapi ok sesangat wlaau hanya 1 sudu kecil jek...tq trymasak memang sedappp!
From: iela
17:01:01 (February 3, 2010)
kat umah ada pisang tanduk.. ley ke guna? heh
From: peach_tart
15:21:16 (February 3, 2010)
peach dah siap kan dah bhn2 muffin ni..nk cuba jugak buat hari ni..sungguh la..
From: kenari
15:13:51 (February 3, 2010)
tak tau tak tau tak tau....cuba kukus je laaa iela...tp iela menyebabkan kenari bersemangat nak cuba muffin ni ARI NI jugak!... keh keh keh...betuuuuul..nak cuba nanti ni...
 
 
© TryMasak, 2009-2010. The TryMasak logo, mascots and tagline are registered trademarks of Geoflex Sdn. Bhd. All rights reserved.