Caranya mudah saja. Patah-patahkan biskut coklat krim dan kemudian kisar sehingga hancur.
Seterusnya masukkan semua bahan ke dalam pengisar – aiskrim, coklat, krim putar, susu dan juga kisaran biskut coklat.
Sebatikan semua bahan. Minuman ini enak bagi menyegarkan tekak ketika cuaca panas. Selamat mencuba!