language
 
MEE KARI
by TryMasak
Difficulty EXPERT
Preparation Time in minutes 15
Servings 3-4
Cooking Time in minutes 30
EMBED
RATE
You have to log in to rate this recipe.
Ingredients

1) Mee (300g)
2) Isi ayam (100g)
3) Udang (secukup rasa)
4) Udang kering (2 sudu)
5) Bawang putih (1 ulas)
6) Bawang besar dipotong bulat (1 biji)
7) Bawang merah (2 ulas)
8) Serai (2 batang)
9) Rempah kari (3 sudu)
10) Pes cili (2 sudu besar)
11) Santan (3 cawan)
12) Sawi (1 ikat)
13) Tauhu goreng dipotong dadu (1 keping)
14) Daun bawang (secukup rasa)
15) Daun Sup (secukup rasa)
16) Limau kasturi dibelah dua (2 biji)
17) Cili merah dihiris nipis (1 biji)
18) Gula (secukup rasa)
19) Garam (secukup rasa)
20) Minyak untuk menumis (secukupnya)
Directions

Tumbuk udang kering, bawang merah, dan bawang putih sehingga lumat.

Tumis bahan yang ditumbuk hingga sedikit garing dan masukkan rempah kari (dicairkan dengan sedikit air) dan pes cili. Kacau hingga pecah minyak.

Masukkan gula, kacau sebentar, masukkan ayam dan garam. Jika terlalu kering, masukkan air dan kacau hingga pecah minyak.

Masukkan bawang besar. Kacau hingga bawang layu dan masukkan santan. Kacau supaya santan tidak berketul dan biar hingga mendidih.

Sementara itu, celur sawi hingga layu. Angkat dan toskan.

Celur mee. Angkat dan toskan.

Apabila kuah tadi mendidih, masukkan serai dan udang. Apabila udang masak, masukkan tauhu goreng dan sawi celur. Biar mendidih sebelum dihidang.

Mee kari enak dimakan bersama daun bawang, daun sup, cili merah, dan perahan limau kasturi sebagai penambah rasa.

Reviews (displaying 4 of 4 )

From: peach_tart
14:36:18 (November 26, 2009)
inilah antara menu yg diplan untuk raya esok..
13:59:40 (October 19, 2009)
ala imin ni.. try la dulu.. bila dah rasa sedap tu barula rasa berbaloi!
From:
11:27:17 (October 19, 2009)
ingatkan senang nak masak mee kari ni..tp tgk2 bahan2 dia pun dah byk cam ape..hohoho
From: muhaimin
21:53:49 (February 11, 2009)
ape2 pun jangan gunakan mee yg ade asik borik..hoho
 
 
© TryMasak, 2009-2010. The TryMasak logo, mascots and tagline are registered trademarks of Geoflex Sdn. Bhd. All rights reserved.