Pertama sekali, didihkan air dan rebus laksa kering hingga lembut. Untuk menjimatkan masa, boleh juga menggunakan laksa basah yang juga terdapat di pasaran.
Setelah lembut, angkat dan toskan airnya.
Kemudian, kisar bawang merah bersama cili padi, belacan dan sedikit air hingga lumat.
Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam periuk diikuti dengan air.
Panaskan periuk dan masukkan daun kesum, bunga kantan yang dibelah 4 serta asam keping.
Setelah itu, kisar pula ikan rebus yang telah diasingkan tulangnya hingga lumat.
Masukkan isi ikan tersebut ke dalam periuk diikuti dengan gula melaka. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih.
Laksa sedia untuk dihidang bersama telur rebus dan ulam-ulaman seperti timun, salad, daun kesum dan cili potong.