Tumbuk daun pandan hingga hancur dan tambah air (boleh juga dikisar). Setelah lumat, perah airnya.
Membuat inti,
Di dalam periuk, masukkan manisan, 1 cawan air, dan daun pandan. Panaskan hingga manisan cair.
Masukkan kelapa parut. Gaul seketika.
Masukkan garam. Gaul sebati.
Masukkan tepung gandum (dicairkan dengan air) sedikit demi sedikit. Kacau hingga kuah kering.
Membuat kulit,
Gaul tepung gandum bersama air daun pandan, santan dan garam.
Masukkan air dan gaul hingga sebati dan sedikit cair.
Panaskan kuali dan senduk adunan. Ratakan adunan dan biar masak.
Letakkan inti dan gulung kuih dengan kemas.