Gaul sebati tepung, garam, dan air. Uli hingga menjadi doh yang anjal dan lembut.
Canai nipis doh dan bentukkannya menjadi hirisan kecil halus memanjang. (Taburkan tepung supaya tidak melekat.)
Jemur selama ½ hingga 1 jam supaya hirisan tepung kental dan enak bila dimasak.
Rebus keledek hingga empuk. Angkat dan ketepikan.
Rebus hirisan tepung hingga empuk. Angkat dan ketepikan.
Masukkan santan dan gula melaka ke dalam periuk. Kacau supaya santan tidak berketul.
Apabila mendidih, masukkan daun pandan, hirisan tepung, dan keledek tadi.
Kacau sebentar dan sedia dihidang.