language
 
BUBUR AYAM
by TryMasak
Difficulty MODERATE
Preparation Time in minutes 15
Servings 2-4
Cooking Time in minutes 20
EMBED
RATE
You have to log in to rate this recipe.
Ingredients

1) Ayam (300g)
2) Beras (1 cawan)
3) Kentang - dibelah empat (1 biji)
4) Halia (1 inci)
5) Bawang putih - dipotong halus (1 ulas)
6) Bawang merah - dipotong halus (5 ulas)
7) Daun bawang - dipotong (sedikit)
8) Cili hijau (1 biji)
9) Ikan bilis (1 cawan)
10) Kulit kayu manis (2 cm)
11) Bunga lawang (5 kelopak)
12) Lada hitam (1/2 sudu kecil)
13) Kicap pekat (2 sudu besar)
14) Garam (sedikit)
Directions

Masukkan ayam, 4 cawan air, halia, bunga lawang, kulit kayu manis, bawang putih, lada hitam serta garam ke dalam periuk. 

Biarkan hingga mendidih.

Masukkan beras, kacau sebentar dan masukkan kentang. Biarkan mendidih hingga masak.

Goreng bawang merah hingga garing, angkat dan toskan minyaknya.

Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan toskan minyaknya.

Sediakan kicap cili - potong nipis cili hijau dan masukkan ke dalam kicap.

Bubur ayam dihidang bersama kicap cili, ikan bilis goreng dan taburkan bawang goreng serta daun bawang.

Reviews (displaying 3 of 3 )

From: peach_tart
16:03:11 (December 17, 2009)
peach pun tambah air panas kalo nasi moi tu kering atau masa masak tu letak air lebih skit,so nasi tu tak la cepat kering..
From: iela
15:49:59 (December 17, 2009)
biasanya ila akan tambah air panas semula..hee :P
10:13:34 (December 15, 2009)
macam mana nak buat nasi tu tak cepat kering and stays moist? bila buat bubur ni, masa makan tu sedaplah lembut & berair.. but after a while (nak makan second round later), nasinya dah kering..
 
 
© TryMasak, 2009-2010. The TryMasak logo, mascots and tagline are registered trademarks of Geoflex Sdn. Bhd. All rights reserved.