Tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia.
Setelah naik bau dan bawang layu, masukkan ayam. Gaul supaya ayam sebati bersama hirisan bawang.
Masukkan daun bawang yang dipotong halus. Gaul sebati.
Tambah sedikit garam, gula dan serbuk lada hitam. Gaul hingga bau dan rasanya meresap bersama ayam.
Masukkan taucu. Curahkan air asam jawa, kemudian tutup periuk. Biarkan mereneh beberapa ketika (di atas api kecil)
Setelah kuah kelihatan pekat dan kering,angkat dan hidang.