LAKSA PENANG
by UITM
Difficulty EXPERT
Preparation Time in minutes 30
Servings 5-6
Cooking Time in minutes 80
RATE
You have to log in to rate this recipe.
Ingredients

Bahan yg Diperlukan
1) Laksa (1 kg)
2) Telur rebus - mengikut saiz hidangan (secukupnya)
3) Bawang besar - dihiris nipis (1 biji)
4) Nenas - dipotong kecil (1/4 biji)
5) Timun - dihiris nipis memanjang (1/2 biji)
6) Limau nipis - dihiris nipis dan dibuang biji (2 biji)
7) Cili merah - dihiris nipis (3 biji)
8) Salad hijau - dihiris nipis (1 cawan)
9) Bunga kantan - dihiris nipis (2 batang)
10) Daun pudina (sedikit)


Bahan untuk Kuah Laksa
1) Ikan kembung - rebus dan ambil isinya (4 ekor)
2) Asam Jawa - telah digunakan untuk merebus ikan (10 keping)
3) air rebusan ikan bersama tulang ikan rebus
4) Pes cili (150g)
5) Belacan bakar (25g)
6) Halia (1 inci)
7) Lengkuas (1 inci)
8) Bawang merah (5 ulas)
9) Bawang putih (8 ulas)
10) Bunga kantan (1 batang)
11) Daun kesum (100g)
12) Serai (3 batang)
13) Gula (sedikit)
14) Garam (secukup rasa)
Directions

Bagi menyediakan kuahnya, kisar hancur tulang ikan rebus tadi bersama air rebusannya.

Kemudian tapis dan ambil air kisarannya.

Kisar juga separuh daripada isi ikan rebus tadi bersama air rebusan ikan.

Dan tapiskan kedalam mangkuk yang sama dengan air kisaran tulang tadi.

Kemudian kisar pula, bawang putih, bawang merah, halia, belacan,dan juga pes cili bersama sedikit air.  Kisar sehingga hancur sebati

Seterusnya, curahkan air kisaran tulang dan isi ikan tadi ke dalam periuk, bahan-bahan kisar, serai yang diketuk, lengkuas dihiris nipis, bunga kantan dibelah empat, daun kesum, lebihan separuh lagi isi ikan bersama asam keeping. Anda boleh tambahkan lagi asam keping jika suka .

Kacau rata bahan-bahan tersebut dan masak sehingga kuah ini mendidih. Kacau sekali sekala. Setelah mendidih, perlahankan api dan masukkan bahan-bahan perasa iaitu garam dan gula.. 

Biarkan kuah ini mereneh di atas api yang kecil sehingga pekat dan semua rasa sebati.

Untuk rasa yang lebih enak, kuah ini boleh juga dimasak dan dibiarkan semalaman sebelum dinikmati.

Apabila kuah benar-benar pekat mengikut citarasa, tutup api.

Hidangkan kuah ini bersama-sama laksa dan bahan-bahan sampingan yang lain.

Untuk menikmatinya, masukkan laksa ke dalam mangkuk hidangan bersama dengan salad hijau, hirisan nenas, timun, bawang, cili merah, bunga kantan, limau nipis, daun pudina, telur rebus, dan akhir sekali curahkan kuah laksa.

Selamat menikmati hidangan.

Reviews (displaying 7 of 8 )

From: peach_tart
23:38:53 (October 3, 2009)
tak payah queue lah ali ..peach boleh simpan satu bekas,kalo nk..ye lah kan kesian datang dari jauh kan..simpan bekas je la..hehe..
From: aliaznul
21:20:28 (October 3, 2009)
wah.. Best tu peach, nak queue ambik laksa sama boleh? Hehe

(Via TryMasak Mobile )
From: peach_tart
09:00:21 (October 3, 2009)
emm..ari isnin ni ade marhaban kat taman kami,boleh la buatkan laksa ni kt diorng...
21:49:26 (July 17, 2009)
tula..ckp org..aliaznul ni rajin ke..kalau rajin buatla video buat laksa pulak..hehe
From: iela
20:33:26 (July 17, 2009)
aliaznul rajin ke? nant tulun buatkan laksa superb untuk iela n b/btfly yg de penyakit 'M' nie ek? :p hidang skali ngan teh 'o'.. haa
From: aliaznul
17:59:07 (July 17, 2009)
pemalasnya blackbutterfly
17:25:49 (July 17, 2009)
kite trymakan je banyak2 kat kedai kan.. hehe
 
 

Other recipes by UiTM

© TryMasak, 2009-2010. The TryMasak logo, mascots and tagline are registered trademarks of Geoflex Sdn. Bhd. All rights reserved.