Mula-mula, kisar hancur 1 inci halia dan 4 ulas bawang putih.
Kemudian, halia yang selebihnya dan 3 ulas bawang putih lagi ditumbuk hancur bersama serbuk ketumbar dan sedikit garam.
Sapu rata bahan–bahan tersebut bersama ikan. Ketepikan dan perap ikan ini lebih kurang 15 hingga 20 minit. Sementara itu sedikan kuah percik
Masukkan bawang goreng ke dalam pengisar, bersama sedikit air dan kisar sehingga hancur sebati. Ketepikan.
Panaskan minyak bawang goreng dan tumis halia serta bawang putih kisar tadi bersama dengan sedikit belacan.
Apabila naik bau, curahkan santan dan masukkan serbuk cili, bawang goreng, dan air asam jawa.
Perasakan dengan garam dan gula.
Kacau kuah percik ini di atas api yang perlahan. Ia perlu dikacau sentiasa sehinggalah menjadi pekat.
Kuah tersebut akan melekat pada senduk apabila telah benar-benar pekat.
Apabila masak, segera curahkan kuah percik ini ke atas ikan yang diperap tadi
Bakar ikan ini di dalam ketuhar lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan suhu 180 darjah celcius
Apabila masak, segera keluarkan dari ketuhar dan Ikan siakap percik sedia untuk dihidang. Selamat menjamu selera.