1) Daging - direbus (500g)
2) Bawang merah - dihiris (2 ulas)
3) Bawang putih - dihiris (2 ulas)
4) Bawang besar - potong bulat (1/2 biji)
5) Sos lada hitam (1 sudu besar)
6) Serbuk lada hitam (1 sudu kecil)
7) Kicap Lemak Manis TAMIN (1 sudu besar)
8) Sos Tiram TAMIN (1 sudu besar)
9) Sos Tomato TAMIN (1 sudu besar)
10) Garam Halus TAMIN (secukup rasa)
11) Daun bawang
12) Lada benggala merah/hijau
13) Minyak (sedikit)
Rebus daging hingga empuk selama satu atau dua jam.
Tumis bawang.
Masukkan sos lada hitam dan serbuk lada hitam. Kacau.
Masukkan sos tiram, sos tomato, dan kicap manis.
Masukkan daging dan sedikit air rebusan daging, serta garam.
Masukkan lada benggala. Kacau seketika.
Masukkan bawang besar dan daun bawang.
Kacau seketika dan hidang.