1) ayam (peha), dibuang kulit & lemak (600 g (5 ketul) )
2) daun seladeri (celery), dihiris ( 100 g (2 batang))
3) bunga kobis, dipotong kecil ( 100 g (2 kuntum) )
4) tomato, dipotong empat (200 g (4 biji) )
5) lobak merah, dihiris nipis (100 g (1 batang) )
6) daun limau purut ( 3 helai )
7) limau kasturi (ambil airnya sahaja) ( 100 g (5 biji))
8) bawang besar, dipotong memanjang (90 g (1 biji) )
9) air (600 ml (3 cawan) )
10) garam (6 g (1 sudu teh))
11) serai (diketuk) (3 batang)
12) lengkuas (diketuk) (15 g (3 sm))
13) cili api (diketuk) (5 g (5 biji) )
14) tomato (dikisar) (100 g (2 biji) )
15) bawang besar (dikisar) (90 g (1 biji) )
16) cili masak (dibuang biji) (5 biji )
17) air (200 ml (1 cawan) )
Cara memasak
1. Rebus ayam di dalam 3 cawan air. Masukkan serai, lengkuas, cili api, bawang besar dan cili masak.
2. Apabila mendidih masukkan lobak merah, bunga kobis dan celery.
3. Kemudian masukkan air limau kasturi.
4. Akhir sekali masukkan tomato, daun limau purut dan garam. Hidangkan panas.