1) taukwa, dicuci dan diperap dengan garam dan toskan (500 g (5 keping) )
2) rembah kari ( 60 g (2 sudu makan))
3) susu rendah lemak ( 180 ml (3/5 cawan) )
4) bawang merah, dipotong kecil (50 g (5 ulas) )
5) bawang putih, dipotong kecil dan ditumbuk ( 20 g (4 ulas) )
6) halia, dihiris ( 3 g (1 sudu teh) )
7) kulit kayu manis ( 4 g (2 1/2 sm))
8) bunga cengkih (3 g (3 biji) )
9) jintan manis (3 g (1 sudu teh) )
10) daun kari (10 helai )
11) minyak sayuran (20 g (2 sudu makan))
12) kerisik kelapa (30 g (2 sudu makan))
13) garam (secukup rasa )
14) air suam ( 200 ml (1 cawan) )
Cara membuatnya
1. Panggang taukwa; potong kiub kecil.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan kayu manis, bunga cengkih,
bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi dan berwarna
keemasan. Kemudian masukkan jintan manis dan daun kari. Kacau selama 5
minit.
3. Masukkan pes serbuk kari dan goreng hingga wangi. renjiskan air
untuk mengelakkan serbuk kari hangus. kemudian, masukkan air suam dan
biarkan mendidih.
4. Masukkan taukwa dan kacau. Kecilkan api.
5. Masukkan susu rendah lemak dan kacau dengan baik. Biarkan masak sehingga sedikit kering.
6. Masukkan kerisik dan kacau hingga kering.
7. Hidangkan sebagai lauk bersama nasi, capati, naan atau roti.