1) (a) untuk spageti
2) spageti (300g )
3) air (1 liter (5cawan) )
4) minyak sayuran (5g (1 sudu teh))
5) (b) untuk bebola daging
6) daging lembu cincang (tanpa lemak) (100g )
7) serbuk roti mil penuh (100 g(6 keping) )
8) telur (60 g (1 biji))
9) bawang besar, didadu (90 g (1 biji) )
10) bawang putih dicincang ( 30 g ( 3 ulas) )
11) pasli (3 g (1 sudu teh))
12) serbuk lada sulah (3 g (1 sudu teh))
13) Garam (secukup rasa)
14) (c)untuk sos spageti
15) tomato yang masak ranum, didadu (750 g (5 biji) )
16) bawang besar, dipotong dadu (180 g ( 2 biji))
17) bawang putih dicincang ( 30 g (6 ulas) )
18) sos tomato (150ml (1/2 cawan))
19) gula merah (30 g (2 sudu makan) )
20) oregano (3 g ( 1sudu teh) )
21) garam ( 3 g ( 1 sudu teh) )
22) minyak sayuran (20 g ( 2 sudu makan) )
23) keju, didadu (150 g )
24) air ( 450 ml (2 �½ cawan))
25) serbuk lada hitam (6 g ( 2 sudu teh) )
Cara memasak
(a) Penyediaan spageti
1. Didihkan air. Apabila masak, masukkan spageti dan biar ia masak selama 20 minit.
2. Tapis dan letakkan di bawah air yang mengalir selama beberapa saat
3. Gaulkan minyak untuk mengelakkan daripada ia melekat.
(b) Membuat bebola daging
1. Campurkan semua bahan-bahan. Bentukkan untuk menjadi bebola kecil.
2. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 170c selama 30 minit atau sehingga masak.
Nota: Serbuk roti boleh dibuat dengan lebihan roti yang kemudiannya dibakar hingga rangup.
(c) Membuat sos spageti
1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih. Kacau beberapa saat.
2. Masukkan tomato, sos tomato, gula merah, garam, serbuk lada hitam, oregano dan air.
3. Biarkan ia mnedidih. Apabila masak, perlahankan api. Masukkan keju. Kacau sehingga sebati.
4. Masukkan bebola daging ke dalam sos.