1) sotong sedang, dibersihkan dan dipotong saiz 2.5 sm (500g (5 ekor) )
2) ubi kentang, dipotong dadu (200g (2biji) )
3) lobak merah dihiris halus memanjang (50g (1/2 biji) )
4) lada sulah (3g (1/2 sudu teh) )
Bahan-bahan A (dikisar halus)
1) bawang putih (20g ( 3ulas) )
2) bawang merah ( 60 g (6 ulas) )
3) halia (4 g (2sm) )
Bahan-bahan B
1) bawang besar, dipotong bulat (100g (1 biji) )
2) tomato dipotong bulat nipis (200 g ( 2 biji) )
3) serai dihiris nipis ( 10 g ( 1 batang) )
4) cili merah ( 20 g (2biji) )
5) garam (5 g ( 1 sudu teh) )
6) Hiasan
7) daun salad (40 g )
8) timun (30g )
9) limau kasturi diambil jusnya (1 biji )
1. Sotong diperap dengan bahan (A) selama 1 jam. Kukus separuh masak (lebih kurang 5 minit) bersama kentang dan lobak merah.
2. Masukkan bahan (B) dan gaul hingga rata. Kukus lagi beberapa minit hingga kentang dan libak merah masak.
3. Angkat dan tabor lada sulah.
4. Jika suka bolehlah ditambah dengan 1 biji perahan air asam limau kasturi sebelum dihidang
5. Hiaskan dan hidangkan