1) cekur manis (daun sahaja). Batam, pucuk-pucuk labu dan sebagainya juga sesuai digunakan ( 100 g (4 cawan))
2) tomato, dipotong empat (320 g (4 biji) )
3) susu rendah lemak ( 200 ml (1 cawan) )
4) minyak sayuran (10 g (1 sudu makan) )
5) air (200 ml (1 cawan) )
6) asam limau (mengikut citarasa) (1/2 biji )
7) garam ( secukup rasa)
Bahan untuk tumis
1) minyak sayuran (10 g (1 sudu makan))
2) bawang putih (10 g (2 ulas))
3) bawang besar (80 g (1 biji))
4) cili merah, dihiris (15 g (3 biji) )
5) serai, ditumbuk kasar (30 g (1 batang) )
6) lengkuas, ditumbuk kasar (1 sm)
7) serbuk kunyit ( 5 g (1 sudu teh))
Cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan tersebut hingga berwarna keemasan dan berbau wangi.
2. Masukkan air, kuatkan api, biarkan mendidih.
3. Masukkan sayur dan masak. Tutup periuk 10 minit. Kurangkan api. Kemudian masukkan tomato. Gaul.
4. Masukkan susu, gaul eloknya selama 2-3 minit. Padamkan api.
5. Campurkan air asam limau sebelum dihidangkan sebagai sayur semasa hidangan utama.