1) isi petai (100 g )
2) udang basah tanpa kepala (300 g )
3) cili giling (40 g (1 sudu makan) )
4) bawang merah digiling (100 g (10 ulas))
5) bawang putih digiling (20 g (2 ulas) )
6) serai diketuk (30 g (1 batang) )
7) asam jawa dicampur dengan 1 cawan air untuk membuat asam jus (25 g (1 sudu makan))
8) gula merah (25 g (1 sudu makan) )
9) minyak sayuran (25 g (1 sudu makan))
10) air ( 250 ml (1 cawan) )
11) Garam ( secukup rasa)
1. Udang dibersihkan kemudian ditoskan
2. Masukkan minyak dalam periuk dan tumiskan cili dan bahan-bhan giling. Setelah garing masukkan air dan tutup periuk. Apabila keluar minyak, kacau rata.
3. Masukkan asam jus, serai, gula, dan garam dan kacau.
4. Akhir sekali, masukkan udang dan petaui, tutup periuk. Bila sudah berminyak dan pekat, bolehlah diangkat dan dihidangkan.