1) tepung pulut (125 g (1 cawan) )
2) air untuk membancuh tepung pulut ( Lebih kurang 110 ml (1/2 cawan) )
3) kelapa muda parut (80 g (3/4 cawan) )
4) gula anau, dipotong kasar-kasar (50 g (1/2 cawan) )
5) air kelapa muda (125 ml (1/2 cawan) )
6) daun pandan (5 g (1helai) )
7) Sedikit garam
1. Uli tepung pulut dengan 1/2 cawan air dan sedikit garam
2. Gentel tepung yang telah diuli sebesar guli dan leperkan dengan ibu jari. Aturkan di dalam bekas dan ketepikan.
3. Didihkan 2-3 cawan air di dalam periuk. Masukkan tepung yang telah digentel.
4. Apabila tepung telah terapung, angkat dengan penapis dan rendam sebentar di dalam air sejuk. Toskan.
5. Masak gula anau dengan air kelapa muda. Apabila gula telah larut, masukkan kelapa muda parut dan daun pandan. Biarkan sehingga gak pekat.
6. Masukkan tepung yang telah ditoskan tadi. Kacau sehingga tepung dan kelapa bercampur rata. Angkat dan hidangkan.