1) tembikai (300 g (2 potong) )
2) betik (250 g (2 potong))
3) nenas (160 g (3 potong) )
4) tembikai susu (250 g (2 potong))
5) jus limau nipis (2 sudu makan)
6) oren (320 g (2biji) )
7) gula (20 g (2 sudu makan))
8) air masak (600 ml (3 cawan))
Cara penyediaan :
1. Tembikai, betik, tembikai susu dan nenas dipotong dadu.
2. Buah oren diperah dan diambil airnya.
3. Masukkan bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk kaca yang besar ('punch bowl').
4. Masukkan jus limau nipis.
5. Tambah gula yang telah dilarutkan dalam 1/2 cawan air dan 600 ml (3 cawan) air masak sejuk serta kacau.
6. Hidangkan dengan ketulan ais dn hirisan buah oren.