1) ayam (1.5kg (1ekor) )
2) santan (150ml santan pekat + 150 ml santan cair) (300ml )
3) bawang merah ditumbuk halus (50 g (7 ulas) )
4) bawang putih ditumbuk halus (10 g (3 ulas) )
5) halia ditumbuk halus (10 g (2sm) )
6) buah keras ditumbuk halus (10 g (3 biji) )
7) serai dititik (30 g (2 batang))
8) tepung ubi, dibancuh dengan sedikit air (20 g (2 sudu makan))
9) gula (5 g ( 1 sudu teh) )
10) garam (5 g ( 1 sudu teh) )
11) asam jawa, dibancuh dengan �½ cawan air (40 g )
12) Daun salad dan timun sebagai hiasan
1. Ayam dibelah dua dan dibersihkan
2. Gaul ayam bersama separuh dari bahan-bahan yang telah ditumbuk halus dan perap selama lebih kurang 1 jam
3. Masukkan santan ke dalam periuk dan campurkan sebahagian lagi bahan yang ditumbuk ke dalam santan
4. Kacau hingga sebati dan jerang atas apis ederhana
5. Apabila mendidih masukkan serai, air asam jawa, gula dan garam. Untuk meemkatkan kuah, masukkan pula bancuhan tepung ubi dan kacau perlahan. Angkat kuah apabila telah pekat.
6. Panggang ayam yang telah diperap. Cucur kuah sedikit demi sedikit ketika memanggang.
7. Balik-balikkan ayam supaya kuah melekat pada ayam.
8. Panggang ayam sehingga masak.
9. Hidangkan bersama salad dan timun. Baki kuah dicucurkan pada ayam yang telah dimasak.