1) pisang raja atau abu ( 6 biji )
2) (6 paras sudu makan) susu tepung skim, dibancuh dalam 200 ml (1 acawan) air masak (60 g )
3) (8 paras sudu makan) gula merah (80 g )
4) daun pandan (1 helai )
5) sagu biji, direndam dengan air panas (Sedikit )
1. Kupas dan potong pisang 3/4 inci atau setebal yang dikehendaki.
2. Masukkan susu, pisang, gula dan daun pandan ke dalam periuk. Biarkan hingga mendidih sambil dikacau perlahan-lahan.
3. Masak sehingga pisang empuk.
4. Kuah hendaklah sentiasa dikacau perlahan untuk memastikan ia tidak menjadi berkeping-keping.
5. Hidang panas atau sejuk.