1) terung dibelah empat (500 g (5biji))
2) cili merah dibelah empat (10 g (2biji))
3) cili hijau dibelah empat (10 g ( 2biji) )
4) bawang merah dicincang (100 g (10 ulas) )
5) gula merah (25 g (1 sudu makan))
6) minyak sayuran (25 g ( 1 sudu makan))
7) air asam ( 300 ml ( 3 cawan) )
8) halia digiling (12 g (1.2 sm) )
9) cili kering digiling (10 g (10 biji))
10) bawang putih digiling (25 g (5 ulas))
11) kunyit serbuk digiling (3 g (1 sudu teh) )
12) jintan manis digiling (2 g (1/2 sudu makan))
13) jintan putih digiling (4 g ( 1 sudu makan))
14) ketumbar digiling (12 g ( 3 sudu makan) )
15) Garam secukup rasa
Cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah kemudian masukkan bahan giling.
2. Bila telah naik baunya, masukkan air asam, garam dan gula, kacau rata.
3. Akhirnya masukkan terung, cili merah dan hijau. Gaulkan perlahan-lahan dan bila agak layu, angkat dan hidangkan