a) Untuk nasi
1) nasi (270 g (1 3/4 cawan) )
2) bawang merah, dimayang (40 g (4 ulas) )
3) bawang putih, dicincang (5 g (1 ulas) )
4) air ( 200 ml (1 cawan))
5) santan cair, diperah daripada 1/4 biji kelapa (350 ml (1 3/4 cawan) )
6) daun pandan ( 20 g (2 helai))
7) garam (3 g (1/2 sudu teh))
b) Untuk sambal tumis ( Dikisar bersama dengan 250 ml (1 1/4 cawan) air)
1) cili kering (20 g (20 biji) )
2) bawang putih (5 g (1 ulas))
3) bawang merah (40 g (4 ulas) )
4) bawang besar, dihiris nipis (90 g (1 biji))
5) asam jawa, dibancuh dengan 60 ml (1/3 cawan) air (25 g (1 sudu makan) )
6) garam (3 g (1/2 sudu teh))
7) gula (10 g (1 sudu makan))
8) minyak sayuran (20 g (2 sudu makan) )
c) Untuk ikan bilis dan kacang
1) ikan bilis, dibuang kepala dan perut ( 30 g )
2) kacang tanah (50 g )
d) Untuk kangkung
1) kangkung, dipotong (60 g (4 batang) )
2) air (125 ml (3/4 cawan) )
e) Bahan untuk dihidangkan bersama nasi lemak
1) telur, direbus ( 50 g (1 biji) )
2) timun, dipotong bulat (250 g (1 biji saiz kecil) )
Cara memasak nasi :
1. Basuh beras.
2. Masukkan air, santan cair, bawang merah, bawang putih, daun pandan dan garam.
3. Masakkan nasi.
Nota : Untuk memudahkan memasak nasi disarankan penggunaan periuk
elektrik. Tudung periuk ditutup dengan kain nipis untuk mengekalkan
keharuman nasi.
Cara memasak sambal tumis :
1. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga masak atau harum.
2. Masukkan bawang besar. Kacau.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau sehingga sebati. Biarkan ia mendidih.
4. Masukkan gula dan garam. Angkat.
Cara menyediakan ikan bilis dan kacang tanah :
1. Bersihkan ikan bilis dan kacang tanah.
2. Bakar kedua-dua sekali pada ketuhar 170oC selama 30 minit atau hingga rangup.
Cara menyediakan kangkung :
1. Didihkan air. Masukkan kangkung ke dalamnya selama 1 minit.
2. Angkat, tapis dan toskan.