1) nasi putih atau nasi beras perang (600 g (6 cawan) )
2) bunga kobis, dipotong mengikut bunganya (150 g (1/4 biji saiz kecil) )
3) lobak merah, dihiris bulat ( 85 g (1/2 biji sedang) )
4) kacang buncis, dipotong panjang (150 g (6 batang) )
5) jagung muda, dihiris memanjang ( 150 g (6 batang) )
6) kobis, dipotong panjang ( 100 g (1/2 biji saiz kecil) )
7) dibuang kulit, didadu dan dimasak 150 g undang, dibuang kepala dan kulit (300 g ayam (bahagian dada) )
8) putih telur (30 g (1 biji) )
9) bawang merah, dicincang (30 g (3 ulas) )
10) bawang putih, dicincang (15 g (5 ulas) )
11) halia, dihiris (15 g (2 sm) )
12) minyak sayuran (30 g (3 sudu makan) )
13) kicap cair (20 g (2 sudu makan) )
14) sos tiram ( 20 g (2 sudu makan))
15) serbuk lada sulah (3 g (1/2 sudu teh) )
16) garam (3 g (1/2 sudu teh) )
Cara memasak :
1. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia.
2. Masukkan ayam, udang dan sayur-sayuran. Kacau selama 1 minit.
3. Masukkan nasi, kicap, sos tiram, garam dan lada sulah. kacau sehingga sebati.
4. Masukkan telur. Kacau rata agar ia bercampur dengan nasi.
Nota :
1. Untuk menambahkan perisa nasi, gunakan air rebusan ayam untuk memasak nasi.
2. Beras perang memerlukan lebih air untuk memasaknya (1 cawan beras = 3 cawn air)