Bahan-bahan untuk ayam:
1) ayam (bahagian dada), dibuang kulit dan dipotong lima ( 750 g )
2) tomato, didadu (300 g (2 biji) )
3) bawang besar, dihiris ( 270 g (3 biji) )
4) air (500 ml (2 1/2 cawan))
Rempah untuk ayam (A)
1) lada hitam ( 3 g (1 sudu teh))
2) serbuk cili (8 g (2 sudu teh) )
3) serbuk kunyit ( 3 g (1 sudu teh) )
4) garam (3 g (1/2 sudu teh))
5) serbuk ketumbar (4 g (1 sudu makan) )
6) yogurt rendah lemak (75 g (1/2 tub) )
Ditumbuk bersama sehingga lumat
1) bawang (30 g (6 ulas))
2) halia ( 20 g (2 sm))
3) cili merah (60 g (4 biji))
Rempah (garam masala) (B) Dibakar dan ditumbuk halus
1) kayu manis (12 g (2 batang) )
2) buah pelaga ( 3 g (3 biji) )
3) cengkih (2 g (5 tangkai) )
4) jintan putih ( 4 g (1 sudu makan) )
5) jintan manis (4 g (1 tbsp))
6) bawang merah, dicincang (40 g (4 ulas) )
7) bawang putih, dicincang (10 g (2 ulas) )
8) tomato, dicincang ( 150 g (1 biji))
9) halia, dicincang ( 20 g (2 sm) )
10) cili merah, dihiris nipis (opsional) ( 50 g (2 biji))
Rempah (C)
1) asam limau nipis, dipecah untuk jus ( 40 g (1 biji saiz sederhana) )
Dicincang halus
1) daun ketumbar (30 g (1 batang) )
2) daun pudina (20 g (1 batang))
Bahan untuk nasi
1) beras basmati (270 g (1 3/4 cawan) )
2) air (650 ml (3 1/4 cawan) )
3) minyak sayuran (20 g (2 sudu makan) )
4) pewarna kuning ( 5 ml (1 sudu teh) )
5) daun ketumbar ( 30 g (1 batang) )
6) tahun kunyit ( 20 g (1 batang) )
Rempah nasi (D)
1) bawang merah, dicincang (40 g (4 ulas) )
2) bawang putih, dicincang (10 g (2 ulas) )
3) tomato, dicincang (150 g (1 biji) )
4) halia, dicincang (20 g (2 sm) )
5) cili merah, dihiris nipis (opsional) ( 50 g (2 biji))
Bahan (E)
1) buah pala ( 10 g (1 biji))
2) kayu manis ( 12 g (2 batang) )
3) cengkik ( 1 g (3 tangkai))
4) jintan putih ( 1/2 g (1/4 sudu teh))
5) jintan manis (1/2 g (1/4 sudu teh) )
6) daun bay (2 g (3 keping) )
7) garam (3 g (1/2 sudu teh) )
Cara menyediakan ayam
1. Gaulkan ayam dan bahan A. Perapkan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam.
2. Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
3. Masukkan tomato dan bawang besar.
4. Masukkan bahan B dan perlahankan api.
5. Masukkan bahan C apabila kuah nampak pekat dan ayam sudah masak.
6. Perlahankan api dan masak untuk beberapa minit sebelum diangkat. Hidangkan bersama nasi briyani.
Cara menyediakan nasi
1. Tumiskan minyak bersama dengan bahan D sehingga masak atau bangkit baunya.
2. Masukkan bahan E dan kacau beberapa minit.
3. Masukkan beras dan kacau hingga rata.
4. Masukkan air dan tutupkan periuk. Biarkan ia masak.
5. Masukkan pewarna kuning, daun ketumbar dan daun kunyit ke dalam nasi. Tutupkan api.
Nota: Gunakan periuk nasi elektrik untuk memudahkan penyediaan nasi
kerana ia tidak memerlukan pengawasan yang rapi. Untuk mengekalkan
keharuman nasi, tudung periuk hendaklah dialas dengan kain bersih.
Saranan menghidang: Hidangkan panas bersama dengan hirisan bawang besar dan cili hijau yang diperap dalam dadih.